Wednesday 5 December 2012

EKSPERIMEN SAINS TAHUN 1


STORYBOARD VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk pengajaran yang menjadi pilihan kumpulan ialah “Tenggelam dan Timbul” dalam sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1.



Guru mempamerkan bahan-bahan maujud yang terdapat dalam akuarium untuk memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran sebagai set induksi.


Guru menunjukkan objek-objek yang akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh objek ialah: bola, syiling, sudu besi, kayu, penyedut minuman dan lain-lain lagi.


Guru membimbing murid membuat ramalan tentang sesuatu objek sama ada tenggelam atau timbul menggunakan lembaran kerja dan paparan LCD.
Guru melakukan eksperimen dengan diperhatiakan murid untuk mengenalpasti objek yang tenggelam dan timbul.


Hasil eksperimen yang dijalankan oleh guru dapat dilihat dengan jelas sama ada sesuatu objek tersebut tenggalam di dalam air atau timbul di atas permukaan air.


Ramalan daripada murid disemak bersama guru setelah hasil eksperimen diperolehi untuk mempastikan ketepatan dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.


Guru membuat kesimpulan mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan.


Objek yang tenggelam dan timbul diasingkan mengikut kumpulan masing-masih untuk diperhatikan oleh murid.




SAINS ITU MENYERONOKKAN



SAINS ITU MENYERONOKKAN

 Mari kita menjelajah Dunia Sains dan Teknologi Maklumat Tahun 1
 DUNIA SAINS


1.BENDA HIDUP DAN BUKAN HIDUP
2.MANUSIA
3.HAIWAN
4.TUMBUHAN
5.MATA UNTUK MELIHAT
6.HIDUNG UNTUK MENGHIDU
7.LIDAH UNTUK MERASA
8.KULIT UNTUK MENYENTUH
9.TELINGA UNTUK MENDENGAR
10.MENGGUNAKAN SEMUA DERIA
11.TIMBUL DAN TENGGELAM
12.REKA BENTUK
               TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.MENGGUNAKAN TMK SECARA BERTANGGUNGJAWAB DAN BERETIKA


2.MEMILIH DAN MENGAPLIKASIKAN SUMBER TMK YANG BERSESUAIAN


3.MENGGUNAKAN TMK UNTUK MENCARI,MENGUMPUL ,MEMPROSES DAN MENGGUNAKAN
MAKLUMAT


4.MENGGUNAKAN TMK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT DAN BERKONGSI MAKLUMAT

5.MENGGUNAKAN TMK UNTUK MEYELESAIKAN MASALAH


6.MENGGUNAKAN TMK UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN PEMBELAJARAN


7.MENGGUNAKAN TMK UNTUK MENGEMUKAKAN IDEA DAN MAKLUMAT DENGAN KREATIF DAN
INOVATIF



MATLAMAT DAN OBJEKTIF KSSR
KSSR
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI


MATLAMAT

Untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui
pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan
nilai murni.

OBJEKTIF

Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan
minat tentang dunia di sekeliling mereka

Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

 Meningkatkan daya kreativiti murid

Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains

Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah

Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya
membolehkan murid mengamalkannya.

Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.




Thursday 11 October 2012