Wednesday 5 December 2012

EKSPERIMEN SAINS TAHUN 1


STORYBOARD VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk pengajaran yang menjadi pilihan kumpulan ialah “Tenggelam dan Timbul” dalam sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1.



Guru mempamerkan bahan-bahan maujud yang terdapat dalam akuarium untuk memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran sebagai set induksi.


Guru menunjukkan objek-objek yang akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh objek ialah: bola, syiling, sudu besi, kayu, penyedut minuman dan lain-lain lagi.


Guru membimbing murid membuat ramalan tentang sesuatu objek sama ada tenggelam atau timbul menggunakan lembaran kerja dan paparan LCD.
Guru melakukan eksperimen dengan diperhatiakan murid untuk mengenalpasti objek yang tenggelam dan timbul.


Hasil eksperimen yang dijalankan oleh guru dapat dilihat dengan jelas sama ada sesuatu objek tersebut tenggalam di dalam air atau timbul di atas permukaan air.


Ramalan daripada murid disemak bersama guru setelah hasil eksperimen diperolehi untuk mempastikan ketepatan dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.


Guru membuat kesimpulan mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan.


Objek yang tenggelam dan timbul diasingkan mengikut kumpulan masing-masih untuk diperhatikan oleh murid.




No comments:

Post a Comment